Bismillah,
Alhamdulillah thummal hamdulillah. Sebak rasa bila mengimbas semula perjalanan hidup sendiri, gembira, syukur dan terharu bercampur menjadi satu. Walau tujuh lautan dijadikan dakwat pena untuk memanjatkan puji-pujian syukur kepada Allah Ta'ala nescaya masih belum mencukupi. Rasa malu pun ada. Ya, malu pada-NYA. Malu bila mengenangkan keluhan-keluhan, dan tangisan-tangisan sewaktu diri diuji dengan sekelumit rasa susah, kecewa dan sedih satu ketika dahulu.
Saat ini, bila Allah dah munculkan sinar mentari yang kita nanti-nanti selama ni, terasa malu sangat diri ni nak memijak atas bumi-NYA, rasa hina dan kerdil "giler", rasa macam.."Ya Allah..kenapalah lemah sangat aku masa diuji dulu..sedangkan saat tu sekejap je, sekarang ni kesusahan tu dah berlalu pun". Rasa rugi kerana mungkin tak dapat markah cemerlang dalam ujian tempohari. Mungkin banyak markah dipotong kerana mengeluh, tak redha dan ikhlas menerima takdir-NYA yang berlaku dalam hidup kita. Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un. Allahu Allah..bila DIA dah gantikan kesusahan (sementara je, sekejap sangat, tapi kenapalah masa tu rasa macam nak mati sangat..haihhh) dengan kesenangan, barulah kita sedar betapa kasih sayang Allah Maha Luas, barulah kita rasa rugi sebab tak kutip pahala sabar banyak-banyak masa diri diuji dulu. Apepun, sesuatu yang dah lepas tak mungkin berguna lagi untuk disesali. Paling penting, kita sedar dan mampu hayati bahawa setiap takdir Allah itu mempunyai seinfiniti hikmah yang semuanya berada di dalam pengetahuan-NYA, dan kita sebagai manusia sangat terbatas untuk mengetahui semua itu dalam jangka masa yang singkat. Apa yang perlu, letakkan sangkaan yang sentiasa positif terhadap Allah SWT kerana Allah bertindak menurut sangkaan hamba-NYA.
Bersyukur, langit hidup ini semakin cerah, dan pastinya seribu satu kemungkinan cabaran tetap menanti di hadapan, dan mudah-mudahan apapun bentuk dugaanya, kumohon mutiara iman dititipkan bersama-sama untuk menghadapinya, insyaAllah ! Selagi mana kita ingat DIA, DIA juga maha suci dari sifat melupakan kita.