Assalamualaikum.
Permulaan pertama dengan entry tentang SABAR. Satu kata yang sangat besar maknanya dan tak terbatas pahalanya (surah Az-Zumar ayat 10). Itulah SABAR :)
Selagi nama tempatnya masih di dunia, maka selagi itulah kesabaran seorang insan akan ditagih. Setiap masa, saat dan ketika atau apa jua situasi mahupun posisi kita berada, kesabaran itu pasti akan teruji ketahanannya.
Ada segelintir orang yang memang kita lihat zahirnya ia seorang yang cukup penyabar. Tenang sahaja bila berhadapan dengan pelbagai situasi mahupun ragam manusiawi. Mua'llimah sendiri akan ter kagum bila melihat orang yang semacam itu fi'il nya.."wah wah bestnya kalau aku jadi dia, relax and cool aje" .
Begitulah manusia, Allah ciptakan pelbagai fi'ilnya, mungkin sahaja segelintir orang yang Allah perlihatkan di mata kita seperti itu (yang penyabar) punya kelebihan dari segi kesabaran dan pasti mereka juga ada kekurangan di mana-mana yang hanya Allah saja yang tahu (tak perlu la pula kita selidikinya). Dan yang pastinya, bagi kita yang memang pesen tak penyabar, maka proses tarbiyyah untuk jadi penyabar itu juga pastinya takkan Allah sia-sia. InsyaAllah, ada pahala yang tak terbatas sedang Allah sedia untuk kita yang sentiasa bersabar untuk belajar bersabar :)
Mua'llimah juga sedang baca sebuah buku yang me"nyembang" tentang SABAR ni, tajuknya Nikmatnya Sabar, oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyyah. Sangat terperinci buku ini membicarakan tentang sabar, masyaAllah tebal juga. Fuhh memang ambil masa juga mahu menghabiskan dan memahamkan serta menghadamkannya. InsyaAllah, kalau tak lupa, untuk entry seterusnya mua'llimah akan cuba berusaha untuk kongsikan sedikit apa-apa yang menarik dari buku itu di dalam blog ini, insyaAllah.
p/s : almaklum, orang yang sedang belajar bersabar memang "kecoh" nak cari input/info/ilmu tentang apa-apa yang berkaitan dengan sabar. Ala..macam orang yang tak reti masak sibuk cari buku resepi..ha macam tu la ibaratnya ~
No comments:
Post a Comment